• 9789671091401 (1)
  • 9789671091401 (2)
  • 9789671091401 (3)
1

Modul Hubungan Etnik, Edisi Kedua

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ABA Bookstore
Worldwide shipping
Secure payments | ABA Bookstore
Secure payments
Authentic products | ABA Bookstore
Authentic products

Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berpandangan satu penerokaan baharu perlu dilakukan terhadap pengajian hubungan etnik di Malaysia yang jelas gagal membaca hayat damai yang panjang daripada konflik yang berlaku di negara ini. Kekeliruan ini timbul kerana perspektif konflik telah diguna pakai dalam banyak kajian hasil peninggalan ilmu kolonial yang sepatutnya telah diketepikan berdasarkan perubahan dalam masyarakat pada hari ini. Terserlah dalam masyarakat hari ini kesepaduan sosial lebih terbina dalam masyarakat pelbagai etnik yang telah menyebabkan terbinanya hubungan rentas sosial dan kumpulan hingga negara kita berjaya dikategorikan sebagai negara sederhana dan maju.

Profesor Shamsul ialah seorang ahli antropologi sosial yang telah banyak menjalankan kajian dalam masyarakat pelbagai etnik Malaysia dari peringkat kampung hingga pembinaan negara bangsa. Pemikiran beliau tentang negara idaman dan kesepaduan sosial sebagai konsep asas untuk menganalisis masyarakat pelbagai etnik yang pernah dijajah hingga mampu yang membangunkan negara dan melahirkan keharmonian telah dijadikan kerangka asas dalam banyak penulisan beliau, termasuk dalam buku ini.

Pada 15 Disember 2010 beliau telah dinobatkan negara melalui Kementerian Pengajian Tinggi sebagai Profesor Ulung. Profesor Shamsul telah membangunkan semula Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA, 1999-2007), mendirikan Institut Kajian Oksidental (IKON, 2003), dan terbaharu, Institut Kajian Entik (KITA, 2007) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Memperakukan sumbangan signifikan beliau kepada ilmu dan masyarakat, beliau bukan hanya dianugerahi bintang kebesaran, malah dianugerahkan Academic Prize 2008, Fukuoka Asian Cultural Award, Jepun.